Pernikahan yang dinanti-nanti (Noor Dayana bersama Ashraf Muslim)

Keindahan Alam No Comments »

Tanggal 1 Syawal 1432 Hijrah yang lalu adalah hari bersejarah bagi keluarga kami. Pada hari itu anak perempuan kami yang kedua, Noor Dayana telah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Ashraf Miuslim. Pernikahan itu telah diadakan di Dataran Kaabah didalam Masjidil Haram, Mekah pada 4.45 petang selepas solat Asar. Pernikahan ini telah disaksikan oleh keluarga dari kedua-dua pihak dan juga kakitangan agensi Rayhar Travel. Juru nikah khas telah dijemput untuk menyaksikan acara pernikahan anak saya. Kenapa pernikahan ini dinanti-nanti oleh keluarga saya adalah kerana saya sendiri akan menikahkan anak saya Noor Dayana dengan Ashraf Muslim.

Ramai yang bertanya kenapa memileh tempat yang jauh dari kampung halaman sendiri untuk melakukan upacara akad nikah ini. Di dunia ini tiada tempat yang lebih suci selain dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Menikahkan anak perempuan kesayangan kami bersaksikah Kaabah adalah satu impian kami sekeluarga. Alhamdulillah syukur pada Allah apa yang diracangkan telah dilaksanakan dengan keizinan Allah dan acara itu berlangsung dengan lancar. Mohd Ashraf Muslim melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz.

Selepas acara pernikahan itu, pada waktu malamnya telah diadakan majlis reserpsi ringkas yang telah ditaja olejh Rayhar Travel. Majlis diadakan di dewan makan hotel Al-Azhar selepas solat isya’. Seramai 150 jemaah Rayhar dan sahabat handai telah hadir ke majlis itu. Kami berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Rayhar Travel yang telah bersusah payah menyediakan pelamin, bilik pengantin dan juadah untuk majlis ini. Juadah istimewa pada malam itu merupakan nasi mandi kisbah (anak kambing).

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Rayhar kerana menaja majlis resepsi tersebut. Kami juga amat bersyukur kepada Allah swt, kerana dengan izinnya segala-gala yang berlaku seperti yang dirancang. Kepada pasangan pengantin Noor Dayana dan Ashraf Muslim, kami mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat menempuh hidup baru dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Hj. Lokman
9 Sept 2011

Umrah 2011

Keindahan Alam No Comments »