Minggu ini kita membicarakan topik Ilmu Pengasih di rancangan Nasi Lemak Kopi O. Ilmu Pengasih merupakan salah satu ilmu yang terkenal sejak zaman dahulu lagi. Ilmu Pengasih merupakan kaedah sihir yang bertujuan mempengaruhi emosi, pemikiran dan nafsu seseorang. Maka apabila sihir ini terjadi, seseorang yang terkena sihir akan tidak berkelakuan seperti normal. Di antara simptom-simptom sihir :
1) Tidak boleh duduk serumah atau sebilik
2) Tidak boleh dengar suara suami/isteri, jika mendengar suara yang tinggi akan cepat rasa marah.
3) Bila terima sms, rasa meluat.
4) Wujud perasaan dingin, dan apabila berada di rumah mereka tidak bertegur/bercakap
5) Tidak selesa utk tidur bersama, dan kebiasaannya salah seorang akan tidur di bilik berasingan
6) Tiada nafsu utk bersama
7) Rasa benci tanpa sebab yg jelas
Kes 1
Terdapat sepasang suami isteri yang sudah berkahwin selama 4 tahun tetapi si isteri masih dara lagi. Apabila mereka ingin bersama, si isteri akan merasa sakit manakala si suami hilang nafsu untuk bersama.
Kes 2
Suami mahu berkahwin kali kedua dengan org ketiga tetapi syarat yg diberi oleh org ketiga ini ialah suami mesti menceraikan isteri pertama. Pada suami yang sudah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai seorang anak, si suami merasakan dia lebih yakin akan lebih bahagia dengan orang ketiga dan berhasrat untuk menceraikan isteri pertama. i. Memandangkan si isteri telah bersetuju dan rela untuk berpoligami, tetapi si Isteri meletakkan syarat ingin memastikan keputusan suami itu bukanlah dipengaruhi oleh jin/iblis/sihir. Kemudian, Isteri pertama telah datang ke klinik kami untuk memastikan ada sihir atau tidak di dalam badan suam Maka dengan izin Allah, suami dan isteri ini telah datang ke Pusat Rawatan Syifa Al-Hidayah untuk mendapatkn rawatan, dan apabila di scan dan di diagnos, terdapat seperti hasil di bawah:
a) Suami : 36 ekor jin dan ada “ilmu pengasih”
b) Isteri : 33 ekor jin dan ada “ilmu pemisah”
Kes 3
Suami mahu berpisah dengan isteri atas alasan tidak persefahaman antara isteri. Berdasarkan suami, suami telah merasa bosan dengan isteri kerana isteri selalu merungut dan suka membebel. Oleh kerana itu, suami tidak tinggal bersama isteri dan menumpang di rumah orang tua. Dalam masa yang sama suami telah berjumpa orang ketiga, dan jatuh hati atas dasar suka sama suka. Maka dengan izin Allah, suami dan isteri ini telah datang ke Pusat Rawatan Syifa Al-Hidayah. Dan apabila di scan dan di diagnos, terdapat seperti hasil di bawah:
Bila scan ;-
a) Tidak ada sihir atau jin dalam badan isteri atau suami. Suami suka orang ketiga atau dasar “suka sama suka”
* Ketiga-tiga kes ini adalah kisah-kisah benar yang kami hadapi dalam minggu ini….
Beginilah suasana di setiap pagi di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah Gombak. Kepada semua pesakit yang hendak datang untuk menjalani rawatan, kami berharap dapat bersabar dan kami berjanji akan berjumpa setiap pesakit yang datang menunggu di Klinik kami.
Topik minggu ini ialah berkenaan Kanser Hati. Kali ini kami menjemput seorang pesakit kami yang telah sembuh daripada Kanser hati. Beliau ialah Hj Zakaria daripada Bahau Negeri Sembilan. Beliau mengidapi Kanser Hati Tahap 4 beberapa tahun yang lepas. Beliau telah datang ke klinik pada pertengahan tahun lepas, selepas pihak hospital menjangkakan beliau hanya boleh hidup selama 10 hari lagi. Pada ketika itu, beliau sangat lemah dan perlu dipapah kerana perut beliau telah membesar dengan ketara akibat dari Kanser Hati yang dialami beliau. Setelah mengamalkan surah yang diberi, 2 hari selepas itu terdapat perubahan dimana perut yang besar itu telah kempis dan susut. Mulai dari itu, banyak perubahan telah berlaku keatas badan beliau dan sehingga hari ini, beliau sihat dan dapat menjalani hidup seperti biasa semula.
Pada minggu ini, slot syifa di rancangan Nasi Lemak Kopi O akan membincangkan tentang topik SAKA. Secara ringkasnya ganguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb). Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus.
Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang. Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya. Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.
Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-
1. Sakit anggota badan – bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher,kepala, rahim, dsb.
2. Gangguan emosi dan perasaan – “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
3. Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang eyakinan diri, “high anxiety”, susah nak focus, dsb.
4. Gangguan tidur – selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
5. Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
6. Sesak nafas atau mengah
7. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
8. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
Simtom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit. Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang (spinal cord) di mana terletaknya urat saraf (nerves) atau di dalam otak kita.
Ini adalah dua tempat “favourite” bila mereka berada di dalam badan kita. Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia. Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.
Minggu ini, slot Syifa memperbincangkan surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55 sebagai penawar kepada penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Kali ini kami menjemput Haji Nordin bersama seorang lagi pesakit kanak-kanak bernama Adik Iman dan ibunya Puan Rini. Adik Iman telah disahkan mengidap penyakit jantung berlubang sejak lahir. Terdapat 2 lubang di jantung Adik Iman. Adik Iman telah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah sejak pertengahanl tahun 2010. Awal tahun ini pihak IJN telah mengesahkan bahawa satu daripada dua lubang di jantung Adik Iman telah tertutup dengan sendirinya. Ini adalah berkat dari amalan ibu dan bapanya membaca surah Al-Israa’ selama 6 bulan tanpa jemu. Pihak IJN juga telah mengesahkan bahawa satu lagi lubang yg tinggal telah ditumbuhi dengan sel-sel tisu dan InshaAllah dengan keizinan Allah, Adik Iman akan sembuh sepenuhnya.
Untuk pesakit bernama Haji Nordin, beliau telah menghidapi penyakit saluran darah tersumbat, atau “arterial blockage”. Pihak hospital telah mengesahkan bahawa terdapat 3 saluran darah yang tersumbat. Beliau telah menjalani pembedahan di Hospital sebelum raya tahun lepas untuk memasukkan “stand” ke dalam satu daripada tiga saluran darah yang tersumbat. Sepatutnya selepas raya , beliau dikehendaki menjalani pembedahan kedua untuk rawatan dua saluran yang masih tersumbat. Beliau telah datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah semasa bulan Ramadhan tahun lepas dan telah mengamalkan surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55. Kesan daripada mengamalkan awat tersebut selama beberapa bulan, apabila beliau pergi semula ke hospital untuk menjalani pembedahan selanjutnya, pihak hospital telah mendapati 2 saluran darah yang tersumbat itu telah kembali pulih. Ikuti kisah selajutnya dari Haji Nordin didalam video di bawah.
Pada 20 Feb 2011 adalah lawatan kami yang ke-2 ke bandar Tawau di negeri bawah bayu. Seramai 100 lebih pesakit telah dirawat di Tawau pada hari Ahad itu. Kami berasa sedih kehilangan seorang sahabat yang baru sahaja meninggal dunia iaitu Allahyarham Sheikh Hassan. Sheikh Hassan merupakan tuan punya kediaman tempat kami berubat, kehilangan tuan rumah amat kami rasai dan takziah diucapkan kepada isteri dan keluarga beliau, semoga tabah dalam menyusuri hidup.
Antara kes-kes rasuk yang kami rawati, terdapat satu kes rasuk yang paling mencabar semasa rawatan di Tawau pada hari ahad itu. Ia merupakan satu pengalaman yang sukar kami lupakan. Di bawah ini merupakan pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran untuk dirawat. Kepada pesakit-pesakit yang kami tidak sempat merawat, kami memohon maaf tetapi seandainya mereka ingin berubat dengan kami, kami akan datang semula ke Kota Kinabalu pada 19 March 2011 dan 17 April 2010. dan di Sandakan pada 20 March.
Pada minggu ini kita perbincangkan mengenai Kanser Payudara. Tetamu pada kali ini ialah Puan Norhayati, seorang penghidap penyakit Barah Payudara tahap ke-4. Beliau telah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah selama 2 tahun, Kanser yang dialami itu telah merebak ke bahagian organ-organ lain iaitu hati, paru-paru dan tulang. Setelah mengamalkan ayat-ayat Al-Quran selama 2 tahun, beliau tidak lagi merasai kesakitan akibat kanser yang dialami walaupun masih ada lagi sel-sel kanser di dalam badan beliau. Tontoni video ini mendengar cerita dari beliau selanjutnya.
Pada minggu ini, kita akan menyaksikan bagaimana cara mengubat kes kerasukan jin dan iblis. Pesakit kali ini ialah, En Azli Shah dari Balakong, Selangor. semasa zaman muda, beliau telah menuntut ilmu-ilmu hitam iaitu, ilmu pendinding, ilmu pengasih, dan ilmu penunduk. Akibat dari mengamalkan ilmu hitam ini, beliau telah dirasuk oleh jin-jin dan iblis yang dahulu kala mendampingi beliau. Semoga paparan kali ini memberi pengajaran buat kita semua, tentang amalan kurafat.
Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt dan sembuh dari penyakit yang dihadapi adalah ketentuan Allah saw juga. Sepanjang 12 tahun pengalaman saya dalam perubatan ilmu Al-Quran ini, ramai pesakit yang sudah sembuh dan ada juga yang tidak dapat disembuh. Sebab itu saya selalu menasihati pesakit kita boleh berikhtiar tetapi yang menentukan sembuh atau tidak sembuh adalah Allah swt.
Di dalam video Astro Oasis siri Penawar Syifa yang terdapat didalam blog saya ini terdapat banyak testimoni dari pesakit-pesakit yang telah sembuh dan ada juga pesakit dalam siri itu yang telah kembali kepada Allah saw. Di bawah ada testimoni dari seorang pesakit saya yang menghidapi penyakit thyroid. Bacalah testimoni beliau semoga ia boleh menjadi pelajaran kepada kita semua.
————————————————————————————————
Assalamualaikum wbrt,
Tuan Haji Lokman,
Bersama ini saya sertakan catatan ringkas tentang penyakit thyroid dan complication terhadap mata saya, seterusnya rawatan yang telah saya ambil di hospital dan juga rawatan di Perubatan Syifa Al-Hidayah. Semoga dengan catatan ringkas saya ini dapat meyakinkan bahawa perubatan Islam tidak terbatas untuk penyakit-penyakit gangguan sihir semata-mata, malah termasuk juga penyakit fizikal yang jelas dan diakui oleh perubatan moden.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji dalam membantu perawatan penyakit saya.
Sekian terima kasih.
—————————————————————–
Nama saya Puan A dan berumur 40 tahun. Saya telah dikesan mempunyai penyakit Hyperthyroidism semenjak tahun 1991 ketika berusia 21 tahun. Hyperthyrodism adalah keadaan di mana keadaan kelenjar thyroid yang aktif menyebabkan penghasilan paras hormon thyroid yang tiggi dalam darah. Akibat daripada aktiviti hormon thyroid yang aktif menyebabkan kesan-kesan seperti rasa panas yang keterlaluan (heat intolerance) dan banyak berpeluh, rasa berdebar-debar (palpitation), rasa capat marah, keadaan jari yang terketar-ketar (fine tremor), gangguan kitaran haid dan cirit-birit (diarrhoea).
Semenjak itu saya telah mengambil ubat Carbimazole sebagai rawatan dan mengikuti rawatan susulan di hospital secara teratur. Walaupun keadaan penyakit saya terkawal dengan pengambilan ubat, tetapi saya telah mengalami beberapa kali relapse (berulang) dan pada tahun 2004 saya telah menjalani rawatan radioactive iodine (RAI) sebagai alternative rawatan memandangkan keadaan saya yang kerap relapse.
Dengan rawatan RAI ini, penyakit Hyperthyroidism dijangka dapat dikawal tetapi akan menyebabkan pesakit mengalami keadaan sebaliknya iaitu Hypothyroidism di mana paras hormon thyroid menjadi terlalu rendah pula dan pesakit perlu mengambil ubat Thyroxine sebagai gantian kerana tubuh badan kita memerlukan paras hormon thyroid yang optimum untuk berfungsi dengan baik.
Dalam tempuh setahun selepas saya menjalani rawatan RAI, keadaan kesihatan saya secara keseluruhannya adalah stabil dan terkawal dengan pengambilan ubat Thyroxine dan rawatan susulan di hospital. Walau bagaimanapun, saya mula mendapat kesan sampingan penyakit Hyperthyroidism, di mana saya mengalami keadaan di mana mata saya “membengkak” secara unilateral (sebelah kiri lebih besar daripada sebelah kanan) dan bola mata kiri agak menonjol keluar. Saya tidak merasa sebarang kesakitan dan Alhamdulillah fungsi penglihatan juga tidak terjejas secara keseluruhannya. Saya dirijuk kepada klinik pakar mata di hospital yang sama dan pakar mata telah kenal pasti penyakit mata saya sebagai Dysthyroid Eye Disease. Sebagai rawatan saya perlu mengambil ubat Prednisolonedan sejenis ubat immune-suppressant untuk meredakan kesan radang pada tisu mata.
Saya faham bahawa rawatan moden adalah hanya untuk mengelakkan fungsi mata saya terjejas dan mengalami keadaan yang lebih rumit. Rawatan moden tidak mampu memulihkan keadaan fizikal mata saya yang telah menjadi “tidak normal” di mana bola mata kiri saya kelihatan lebih menonjol keluar. Saya harus terima kenyataan dan keadaan tersebut dengan pasrah dan redha.
Semasa saya terus menjalani rawatan susulan di hospital, pada sekitar pertengahan tahun 2008, keluarga saya telah mencadangkan agar turut mencuba perawatan Islam di Perubatan Syifa al-Hidayah dalam masalah kesihatan saya. Dalam perawatan tersebut saya telah disarankan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran tertentu setiap pagi selepas solat Subuh dan juga sebelah malam selepas solat Magrib atau Ishak. Saya juga diberi air minum dengan niat agar penyakit saya disembuhkan. Semenjak itu saya telah terus mengikuti rawatan susulan mengikut temujanji yang diaturkan. Di samping itu, saya masih meneruskan pengambilan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor pakar di hospital.
Setelah terus menjalani rawatan di Perubatan Syifa Al-Hidayah dari masa ke samasa, Alhamdulillah keadaan fizikal mata saya beransur-ansur bertambah baik. Keadaan “bengkak” mata kiri saya beransur-ansur kurang dan bola mata yang menonjol keluar juga semakin kurang ketara. Di samping itu, paras hormon thyroid saya terus terkawal. Perubahan fizikal mata saya yang semakin baik turut diakui oleh doktor pakar yang merawat saya. Begitu juga mereka di sekeliling saya, keluarga dan rakan-rakan turut menyedari perubahan fizikal mata saya.
Kini, saya masih lagi meneruskan perawatan di Perubatan Syifa Al-Hidayah dan juga dihospital. Alhamdulillah, saya bertambah yakin bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, dan Al-Quran itu adalah sebaik-baik penawar kepada segala penyakit.
Kami menaiki Mas flight ke Sandakan pada hari Jumaat, 17 Desember 2010. Dalam flight kami leka main iPad jadi perjalanan yang makan masa 2 jam setengah tidak rasa lama. Sejak ada ipad ni, kami jarang tidur dalam flight. Sepanjang perjalanan, saya tulis nota dalam iPad perkara-perkara yang harus kami lakukan untuk membuat persedian dan rancangan penubuhan organisasi baru kami Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Kami tiba di Sandakan, pada jam 6.30 petang dan hari sudah malam. Di sini waktu magrib awal, jam 5.45 petang sudah magrib. Ini adalah kali pertama kami menjejakan kaki kami di bumi Sandakan. Sahabat kami Fairul menjemput kami di lapangan terbang. Ini pertama kali kami berjumpa dengan Fairul. Ini semua kehendak Allah, pergi ke tempat yang kami tidak pernah pergi tapi sudah ada sahabat yang menyambut kedatangan kami. Semua kemudahan logistik, tempat penginapan dan tempat untuk rawatan telah disediakan. Alhamdulilah syukur kepada Allah.
Keesokan hari, Sabtu kami dibawa ke pejabat Fairul untuk merawat. Ketibaan kami sangat di nanti oleh penduduk Sandakan. Ramai pesakit dari persekitaran kawasan Sandakan dan dari Sempurna, Lahat Datu, Tawau dan Suan Lamba datang untuk berubat dengan kami. Terdapat juga pesakit yang datang untuk membuat rawatan dari Kota Kinabalu dan Brunai datang berjumpa dengan kami hari itu.
Seperti biasa berbagai jenis penyakit dirawat dari penyakit kanser, kerosakan buah pinggang, SLE, cerebral parsi, urat saraf hingga ke sakit gangguan sihir dan saka. Pada keseluruhannya kebanyakan pesakit yang kami rawat di Sandakan adalah sakit gangguan sihir atau gangguan saka. Dalam lawatan kali ini, kami merawat sebanyak 100 orang pesakit.
Kami rasa pelik bila berubat disini sebab 75% dari penyakit yang diubati terdiri dari sakit gangguan sihir atau gangguan saka. Kebanyakan daripada pesakit yang datang tidak sedar mereka ada gangguan saka dalam badan mereka. Terdapat beberapa insiden yang kami sangka benda halus dalam badan pesakit itu adalah gangguan sihir tetapi gangguan saka. Bila ditanya kepada sahabat kami Fairul kenapa ramai pesakit gangguan disini, dia menyatakan amalan sihir menyihir dan perbomohan adalah amalan budaya yang masih kuat diamalkan dari dahulu hingga sekarang.
Terdapat banyak amalan-amalan kurafat yang masih dipraktikan dikalangan masyarakat disini. Antara amalan kurafat yang sangat popular ialah kegunaan tudung muka mayat atau tudung penutup muka jenazah. Tudung penutup muka ini jadi rebutan dikalangan orang-orang pengamal ilmu sihir. Mereka menggunakan tudung penutup muka mayat untuk membuat sihir ilmu pemisah atau sihir penghalang jodoh atau menutup rezeki sesaorang. Amalan sihir yang dikutuk dan dilaknati oleh Allah swt masih lagi berleluasan di kawasan ini.
Saya merawat seorang pesakit lelaki berumur 18 tahun. Mengikut kedua ibubapa pesakit itu, anak mereka sering hilang akal dan selalu mencederakan diri sendiri di rumah. Bila discan, terdapat 46 ekor jin dalam badan pesakit ini. Selepas disoal jawab, didapati pesakit ini pernah mengikut kumpulan KRK (kappa rho kappa), sebuah kumpulan berasal dari Phillipines. Untuk menjadi anggota kumpulan ini, pesakit ini dikehendaki melalui acara permujaan yang bertentangan dengan agama islam. Amalan syirik ini melibatkan pemujaan iblis dan merosakkan aqidah. Bila diteliti di tangan pesakit, terdapat tanda 3 titik yang sejajar yang melambangkan anggota kumpulan ini.
Kami solat zohor untuk hari itu di Masjid Besar, Sandakan. Sungguh strategik lokasi masjid itu terletak di atas sebuah bukit dan di tepi pantai. Kami diberitahu semasa kejadian tsunami dua tahun lepas, ramai penduduk Islam dan bukan Islam di kawasan itu berhimpun di masjid itu untuk menyelamatkan diri, walaupun disitu ada sebuah rumah berhala Cina yang juga terletak diatas sebuah bukit. Kenapa orang bukan Islam tidak pergi ke rumah berhala Cina dan berlari ke masjid itu sebab teringat peristiwa di Acheh di mana orang ramai yang berhimpun di masjid terselamat dari ancaman tsunami. Bila keadaan bergini ramai yang bukan Islam percaya akan keajaiban kekuasaan Allah tetapi masih lagi tidak mahu menganut agama Allah.
Keesokan hari, kami berpeluang menziarah Kampong Sim Sim, perkampungan atas air di tepi pantai. Memanglah unik dan berlainan persekitaran kampung atas air yang menempatkan beratus rumah rumah penduduk tempatan. Riuh sekampung bila ada berita artis dari Semenanjung menziarah perkampungan mereka. Kami puas bergambar atas titian kayu usang yang menyambung rumah-rumah disitu. Gerun juga bila berjalan atau titian kayu yang sudah usang sebab dibawah air laut yang dalam.
Kami sempat pergi ke Sepilok kawasan hutan simpanan untuk kediaman orang-orang utan. Selain dari menengok orang utan disitu, kami sempat berjumpa dengan 9 raja jin disitu. Kami diberitahu tempat itu terdapat 9 negeri jin. Kami dihampiri oleh beberapa ekor raja jin yang ingin mendampingi kami. Kami menolak perlawaan raja jin itu atas sebab kami ikut akan perintah Allah swt melarang umat Mauhammad mendampingi golongan Jin. Bila perlawaan mereka kami menolak, dengan sinis seorang dari raja Jin itu berkata “bodoh sebodoh bodoh manusia..”.
Sesungguhnya iman itu terdiri atas dua bahagian: sebahagian yang pertama itu ialahsabar dan sebahagian yang kedua itu ialah syukur. Keduanya ini merupakan dua sifat dari sifat-sifat Allah Ta-™ala dan dua nama dari al-asmaa-ul-husnaa, dimana Dia menamakan Diri-Nya dengan nama ash-Shabuur dan asy-Syakuur.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung ” – Surah Az-Zumaar, ayat 10
“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46
“Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal. Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ -“ Surah An-Nahl, Ayat 96
Hadith Nabi saw bersabda - “Sabar itu separuh iman“
Ali r.a berkata pula -“ “Sabar itu dari iman, adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh. Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kapala. Dan tidak ada iman, bagi orang yang tiada mempunyai kesabaran“
Dalam menjalani perubatan selama lebih 10 tahun, banyak pengalaman yang saya hadapi dan kebanyakan pengalaman ini kadang-kadang menguji kesabaran saya. Lebih banyak saya mengubat pesakit, lebih banyak kerenah manusia saya ketemui dan makin meningkat kesabaran saya, insyaallah.
Seorang perawat atau pengamal Perubatan Islam mesti mempunyai sifat kesabaran dan sifat toleransi yang tinggi. Terutama sekali apabila merawat pesakit yang dirasuk jin atau iblis. Pernah saya dipukul, diludah, diberi kata-kata yang menghina saya, difitnah, dimaki-hamun dan banyak lagi perbuatan-perbuatan dari pesakit-pesakit yang boleh menyakitkan hati. Kalau tidak ada sifat kesabaran yang tinggi, sudah lama saya meninggalkan amalan perubatan ini.
Bayangkan selepas satu hari suntuk berkerja di pejabat dari jam 8.30 pagi hingga lewat 6 petang, pulang ke rumah untuk seketika, jam 9 malam saya sudah mula mengubat di klinik saya sehingga jam 3 atau 4 pagi. Setiap malam dari hari Isnin malam hingga Khamis malam di Klinik Gombak saya, tidak kurang dari 50 pesakit mengunjungi klinik saya. Kadang-kadang bila badan sudah terlalu penat dan letih, ini memang menduga tahap kesabaran untuk meneruskan perubatan hingga ke jam 3 atau 4 pagi. Satu malam saya tidur hanya 3 atau 4 jam sahaja.
Selalunya pada hari Jumaat malam saya dan adik angkat saya Ashraf Muslim akan pergi ke klinik kami di luar kawasan Kuala Lumpur menaiki kapal terbang atau menaiki kereta. Kami akan pergi mengubat di tempat-tempat seperti Kuala Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Dugaan kami selalunya adalah flight delay dan kesesakan lalu lintas menuju ke Lapangan Terbang. Kalau tidak ada kesabaran, memang kami patah balik kerumah dan berada bersama keluarga.
Bila sampai di destinasi tempat mengubat, cabaran yang ketara ialah mengejar masa untuk mengubat ramai pesakit. Masa kami sangat terhad, contohnya bila kami pergi ke Kota Kinabalau, kami hanya ada 1 hari sahaja untuk mengubat iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang kerana pada sebelah malam kami akan kembali pulang ke KL. Dalam masa satu hari itu ada 150 hingga 200 pesakit yang memerlukan rawatan kami. Mamang tidak ada masa untuk berehat atau untuk “shopping” atau “sight seeing”. Kadang-kadang tidak ada kesempatan masa untuk makan tengah hari, atau makan sambil mengubat.
Mengapa saya menulis perihal ini adalah supaya pesakit-pesakit yang datang untuk berubat dapat memahami keadaan kami yang sebenarnya. Kami terima banyak aduan dari pesakit-pesakit tentang waktu menunggu yang sungguh lama dan ada yang tidak sabar menunggu hingga balik tanpa mendapat rawatan. Selalunya bila kami mengubat, kerana kesuntukan masa, jarang sekali kami dapat bertanya khabar dengan pesakit. Soalan yang sugguh “standard” yang kami akan tanya kepada setiap pesakit ialah “Nama siapa?” dan “Sakit apa?”. Kami faham kalau kami memberi banyak masa yang lama pada seorang pesakit, ia akan memberi “snowball effect” dimana pesakit kemudian akan menunggu lebih lama lagi untuk menanti giliran mereka.
Sebab itu saya merayu kepada semua pesakit agar bersabar menunggu giliran masing-masing. Moga-moga dengan kesabaran itu datangnya rahmat dari Allah swt dan dengan keberkatan dari kesabaran itu maka Allah swt menyembuhkan sakit yang dialaminya.
Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang dirakamkan semasa kami mengubat di kediaman sahabat saya Cikgu Syed Othman dan isterinya Cikgu Sharifah di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada hari Sabtu, 20 November 2010. Seramai 210 orang pesakit telah dapat kami rawat pada hari itu. Rawatan bermula pada jam 8.30 pagi Sabtu hingga kami tutup klinik pada jam 2.30 pagi Ahad.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah Cikgu Syed dan Cikgu Sharifah yang menyediakan penginapan dan makanan untuk kami berdua. Fasal bab makan dan minum, syukur kepada Allah swt dimana-mana kami pergi mengubat, rezeki tuhan beri melimpah-limpah dan kami tidak pernah merasa lapar atau dahaga. Mereka juga membantu kami menguruskan pendaftaran, iaitu satu tugas yang sangat mencabar dan menguji kesabaran apabila cuba untuk mententeramkan 200 lebih pesakit yang datang dari pagi hingga malam. Kepada jiran depan rumah, Encik Bakar dan isteri, terima kasih kerana membantu dan juga anak-anak Cikgu Syed yang sangat bersabar dan menolong kami menguruskan rawatan di Kuala Ibai setiap bulan.
Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit“ atau “Sky Kingdom“ yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin. Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.
Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya. Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.
Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Bangunan Suria KLCC, di Menara Kembar Pertronas. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia dalam industri minyak secara “interactive” melalui ketakjuban sains dan teknologi. Pusat ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana terdapat banyak permainan dan pamiran-pamiran yang menggunakan lima deria -“see, hear, smell, touch, feel” untuk mereka mempelajari berkenaan kewujudan industri minyak di Malaysia.
Saya diperkenalkan kepada seorang kakitangan Petrosains melalui sahabat saya Ustadz Hashim dari Fitrah Perkasa. Ustadz Hashim adalah salah seorang penceramah yang amat saya hormati dari Fitrah Perkasa. Suatu ketika dahulu ramai kakitangan Pertronas khususnya kakitangan dari Petrosains menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Fitrah Perkasa. Suatu hari salah seorang dari kakitangan Petronas menghubungi Ustadz Hashim mengenai kejadian-kejadian ganjil yang berlaku di tempat itu. Masa itu tempat ini baru dibuka dan kalau tidak silap tahun 2004.
Kalau kita imbas kembali tempat KLCC ini dahulunya bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Saya masih ingat semasa saya berkerja di PA Consulting pada tahun 1994 di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang berdepan dengan kawasan KLCC. Semasa itu tapak KLCC ini sedang dalam pembangunan. Di tapak perlumbaan kuda ini banyak perbuatan maksiat telah berlaku seperti perjudian dan lain-lain lagi. Tidak hairan kalau banyak raja-raja iblis dan jin-jin bertapak di tempat ini.
Pada satu malam saya dijemput ke Petrosains oleh seorang pegawai dan diberi keterangan berkenaan masalah yang dihadapi. Malam itu adalah kali pertama saya datang ke Petrosains. Saya diberitahu terdapat beberapa kejadian pelik-pelik yang berlaku di dalam kawasan pejabat dan kawasan pameran yang tidak boleh masuk akal. Kalau saya ingat pada malam itu ada lima orang yang bertugas termasuk pegawai keselamatan Petrosains.
Bila saya buat “survey” di sekitar kawasan pejabat dan kawasan pameran, memang ramai penghuni-penghuni ghaib di tempat itu pada masa itu. Dengan keizinan Allah saw, saya dapat mengeluarkan mereka dari tempat itu. Alhamdulillah syukur pada Allah, kebanyakan penghuni-penghuni ghaib disitu akur dan menurut apa yang saya kehendaki mereka lakukan ia itu berpindah dan keluar dari kawasan itu.
Ada satu tempat pameran yang ingin saya tidak boleh lupa sehingga hari ini dan saya ingin menceritakan dengan lebih lanjut lagi disini. Tempat yang saya maksudkan ini adalah satu dewan pamiran yang menempatkan binatang-binatang purba. Di situ juga ada sebuah model gunung berapi dan di persekitaran ada ramai patung-patung mekanikal dinosaur purba dan binatang-binatang buas yang lain. Tetapi sekarang mungkin dewan pamiran ini telah diubah suai dan binatang-binatang yang dipamirkan mungkin telah ditukar ganti yang lain sebab kejadian ini berlaku dalam tahum 2004. Saya pun sudah lama tidak mengunjungi tempat ini dan tidak pasti apa-apa perubahan baru yang telah berlaku.
Bila saya masuk kedalam dewan pameran itu, hanya lampu ditempat lorong laluan yang bernyala. Dari mula saya dapati ramai penghuni-penghuni jin ada disitu. Tidak lama kemudian selepas beberapa minit saya masuk ke dewan pameran itu, semua lampu-lampu di dalam dewan pameran itu bernyala seolah-olah dewan pameran sedang dibuka untuk menerima pengunjung waktu lawatan biasa, padahal pada masa itu waktu jam 1 pagi. Kemudian gunung berapi itu mengeluarkan asap dan patung-patung dinasour mula bergerak-gerak dengan bunyi “audio visual” seolah-olah pameran dibuka untuk pengunjung-pengunjung seperti waktu lawatan biasa disiang hari.
Kebetulan pada masa itu ada seorang kakitangan Petrosains yang mengiringi saya dalam dewan pameran itu. Saya mengarahkan dia supaya menutup semua lampu-lampu yang telah dinyalakan dan mematikan semua alat-alat audio visual yang dipasang dan juga mematikan pergerakan dinasour yang ada dalam dewan pameran itu termasuklah asap dari gunung berapi itu. Bunyi dan pergerakan dinasor dan binatang-binatang dalam dewan pada ketika itu menggangu konsentrasi dan fokus saya. In adalah kerana apabila melakukan tugasan seperti ini, selalunya saya kena fokus berzikir kepada Allah swt dan bunyi-bunyi dan lampu-lampu dalam dewan pameran itu menggangu saya.
Saya sungguh terperanjat dan terkejut apabila pengawai itu berkata bahawa dia tidak dapat mematikan lampu yang dipasang oleh sebab semua switch lampu dan alat-alat mesin untuk mengawal pergerakan binatang-binatang dinasour ini ada didalam bilik kawalan yang telah dikunci. Dia seterusnya berkata kunci untuk memasuki bilik kawalan itu disimpan oleh seorang pegawai, dan pegawai itu tidak datang bersama pada malam itu. Saya tanya siapa pula yang memasang dan memainkan semua ini kalau bilik kawalan itu berkunci. Pegawai itu hanya diam dan tidak dapat menjawab soalan saya. Daripada tempat saya berdiri didalam lorong laluan di dewan itu, pengawal itu menunjukan cermin bilik kawalan dan memang jelas bilik kawalan itu kosong dan tidak ada kelihatan seorang pun manusia di dalam bilik kawalan itu. Pelik dan ajaib kejadian itu berlaku tetapi memang benar ia telah berlaku pada malam itu.
Maka mulalah satu pertempuran antara saya dengan penghuni-penghuni ghaib disitu dan dengan keizinan Allah swt saya dapat keluarkan semua benda-benda ghaib dari dewan pameran itu. Yang anehnya, selepas saya keluarkan benda-benda ghaib itu, lampu-lampu dalam dewan itu padam dengan sendirinya dan dinasour-dinasour berhenti bergerak-gerak dengan sendirinya dan dewan pameran itu kembali senyap dan sepi. Saya sendiri macam tidak percaya kejadian seperti ini telah berlaku. Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt dengan keizinannya dan dengan pertolongannya dapat saya bersihkan tempat itu pada malam itu.
Pada tahun 2003, saya di jemput ke Kuching, Sarawak oleh Pengarah, Pustaka Sarawak untuk menolong menyelesaikan masalah di bangunan baru Pustaka itu. Saya diperkenalkan kepada Pengarah Pustaka ini melalui sahabat karib saya Kak Radzi.
Bangunan baru Pustaka Sarawak ini terletak di Jalan Stadium, Kuching, sebuah kawasan yang sungguh cantik dan strategik berdekatan dengan Masjid Negeri. Bangunan baru yang serba moden ini lengkap dengan pelbagai kemudahan dan disebelah bangunan itu ada sebuah tasik dan kawasan taman rekreasi yang dihiasi dengan pohon-pohon dan taman-taman bunga. Senireka bangunan Pustaka Sarawak itu pula sungguh cantik dan tersergam indah. Saya bersyukur kepada tuhan kerana telah memberi kemudahan kepada rakyat bumi kenyalang ini sebuah perpustakaan yang begitu moden dan lengkap dengan kemudahan teknologi maklumat yang terkini.
Saya diberitahu bahawa masalah utama yang dihadapi oleh perpustakaan pada masa itu ialah bilangan orang ramai yang mengunjung dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan ini sungguh sedikit walaupun berbagai promosi telah dijalankan di media-media mahupun di perpustakaan itu sendiri. Ramai pengunjung merasa tidak selesa berada di pustaka ini dan daya tarikan ke pustaka ini tidak ada walaupun bangunan ini serba lengkap dan tersergam.
Setelah membuat “survey” di persekitaran kawasan luar dan dalam pustaka itu, saya dapati tapak tempat kawasan pustaka itu dulunya kawasan perkampungan makhluk-makhluk halus (jin). Sebelum didirikan bangunan baru itu, kawasan bersebelahan dengan tasik ini adalah kawasan lembah dan kawasan ini didiami oleh empat perkampungan jin selama beratus-ratus tahun lamanya. Terdapat juga tempat perkebumian penduduk-penduduk tempatan lama yang dahulu kala pernah mendiami di sekitar kawasan ini.
Setelah bangunan baru pustaka ini didirikan, ratusan penghuni-penghuni jin dari ke empat-empat perkampungan ini telah menetap di dalam kawasan bangunan ini. Setiap bilik yang saya memasuki ada ramai penghuni ghaib yang mendiami bilik-bilik itu. Paling istimewa ialah sebuah bilik dipanggil “Reading Room”, sebuah bilik berkaca yang sungguh strategik kerana dari bilik ini boleh kita boleh melihat permandangan keseluruh kawasan tasik dan kawasan rekreasi. Disini lah penghulu-penghulu jin-jin ini menetap.
Inilah punca kenapa bangunan Pustaka ini sering didatangi pengunjung dari kawasan persekitaran Kuching mahupun dari luar bandar raya Kuching, walaupun kemudahan yang disediakan amat terkini dan moden dan serba lengkap. Makhluk halus ini menjadikan bangunan baru ini sebagai rumah baru mereka dan mereka tidak suka sekiranya kaum Adam datang ke bangunan pustaka ini sebab mereka anggap ini rumah mereka. Setiap kali kaum Adam datang ke bangunan ini, mereka akan cuba mempengaruh supaya tetamu pustaka itu merasa tidak selesa dan tidak lagi mengunjung ke pustaka itu lagi. Kaum jin ini diberi keistimewaan dari Allah swt untuk mempengaruhi pemikiran dan emosi manusia. Ini satu kelebihan yang diberi oleh Allah swt kepada mereka.
Setelah berbincang dengan pihak pengerusan Pustaka dan memberitahu keadaan yang sebenarnya, pihak pengurusan Pustaka meminta pertolongan untuk saya (dengan keizinan Allah swt) mengeluarkan atau memindahkan semua penghuni-penghuni ghaib ini dari bangunan ini. Satu tugas yang berat sebab penghuni-penghuni ghaib ini telah bermaustatin ditempat ini beratus-ratus tahun lama nya dan mereka tuntut yang mereka lah “permanent residence” asal ditempat ini. Dan bilangan mereka sungguh ramai, bukan setakat puluhan tetapi ratusan jin-jin. Mereka ada keluarga dan beranak-pinak ditempat itu. Di kalangan mereka pula ada beberapa status dari ketua penghulu ke hulubalang-hulubalang, dan seterusnya rakyat jin biasa.
Setelah perbincangan demi perbincangan dengan penghulu dan hulubalang jin-jin itu gagal pada malam itu, saya menggunakan kekerasan untuk mengeluarkan mereka. Akhir sekali dengan keizinan Allah swt, saya dapat memaksa mereka berpindah tetapi dikehendaki menyediakan kenderaan untuk menghantar mereka pulang ke kawasan asal mereka iaitu di persekitaran kawasan Gunung Sentubong dan kawasan dasar laut di kaki Gunung Sentubong itu.
Pada malam itu kira-kira jam 2 pagi, berlaku lah penghijrahan dari kawasan itu ke tempat asal kediaman mereka melalui kenderaan bas. Pihak pengurusan Pustaka dapat meminjam atau menyewa bas dari salah sebuah pusat institusi, kalau tidak silap saya dari ITM Kuching. Kerana ramai keluarga penghulu dan keluarga hulubalang jin, maka kami terpaksa membuat dua trip untuk memindahkan segulongan dari mereka melalui bas. Bagi kaum jin yang dari keturunan rakyat biasa, mereka diarahkan ketempat yang baru itu dengan sendiri tanpa diberi kemudahan kenderaan. Semasa perjalanan pergi ke Gunung Santubung, saya hanya ditemani oleh pemandu bas untuk menghantar mereka pulang ketempat asal mereka. Satu perjalanan malam yang sukar untuk saya lupakan sehingga hari ini.
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt dan dengan keizinan Nya, selepas permindahan itu berlaku, saya diberitahu suasana di Pustaka itu pulih kembali dan ramai pengujung ke Pustaka itu sampaikan tidak mencukupi tempat letak kereta untuk para pengunjung. Saya berterima kasih pada Allah swt kerana telah memudahkan misi permindahan pada malam itu dan saya juga gembira kerana Pustaka ini dikunjungi olah rakyat bumi kenyalang ini, dan wang rakyat membina sebuah Pustaka yang moden dan serba lengkap ini tidak membazir dan kemudahan Pustaka itu dipergunakan sepenuhnya.
Baru-baru ini sebelum bulan Ramadhan yang lepas, semasa saya mengunjung ke Kuching untuk mengubat pesakit-pesakit di sana, saya singgah sebentar di Pustaka Sarawak ini. Sahaja hendak menengok keadaan tempat itu dan saya dapati penghuni-penghuni makhluk halus yang suatu ketika dahulu menetap di situ sudah tidak ada lagi. Ini bermakna permindahan yang dilakukan itu telah diredhai oleh Allah swt. Suasana aman di dalam bangunan Pustaka Sarawak. Alhamdullilah syukur pada Allah swt.
Orang Bunian adalah sejenis makhlus halus dari golongan jin. Mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia dan seperti golongan jin, Allah SAW menjadikan mereka dari api. Orang Bunian ini kebiasaan nya terdiri dari jin-jin Islam. Orang bunian ini dikatakan mempunyai budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi tidaklah sempurna seperti wajah dan badan manusia.
Di sini ada satu kisah benar yang saya ingin menceritakan pengalaman saya mengubati seorang pesakit lelaki yang berumur dalam lingkungan 13 tahun yang telah berkahwin dengan seorang orang bunian.
Kejadian ini berlaku dalam tahun 2004 di Kuala Lumpur semasa saya masih lagi menetap di Bukit Antarabangsa. Biarlah saya namakan pesakit ini Pesakit B. Satu hari ayah kepada Pesakit B ini datang ke rumah saya mengadu yang anaknya Pesakit B ini tidak mahu pergi ke sekolah selama beberapa bulan yang lepas. Ini berlaku selepas anaknya balik dari “camping trip” di hutan di luar kawasan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh sekolah anaknya .
Tiap-tiap hari anaknya akan tidur pada siang hari dan akan hanya bangun pada jam 12 malam dan akan tidur semula menjelang waktu subuh. Dalam masa 5 atau 6 jam dia tidak tidur dari jam 12 malam hingga subuh, dia akan meminta ibunya memasak makanan untuk dia dan menguruskan diri seperti mandi dan sebagainya.
Pada satu petang, saya ditemani oleh seorang sahabat bernama Ustadz Faisal (seorang tahfiz) pergi ke rumah Pesakit B. Masa itu Pesakit B sedang lena tidur di biliknya. Apabila tiba di rumah Pesakit B, saya dapati selain dari ibu dan ayah Pesakit B, ada beberapa makhluk halus di rumah itu.
Makhluk halus itu memperkenalkan diri mereka pada saya. Meraka adalah golongan jin jenis orang bunian. Rupa-rupa nya Pesakit B ini telah berkahwin dengan anak perempuan Penghulu orang bunian. Bersama-sama Penghulu orang bunian itu, saya juga telah diperkenalkan dengan anak perempuannya. Saya lupa hendak bertanya nama kedua-dua makhlus halus itu. Kisahnya anak perempuan dia telah jatuh cinta dengan Pesakit B semasa dia berkhemah di tepi hutan berdekatan dengan kediaman penduduk orang bunian ini beberapa bulan yang lalu dan mereka telah pun dikurniakan seorang cahaya mata.
Jadi bila Pesakit B ini tidur, roh nya berada di alam jin dan dia akan hidup bersama-sama keluarga baru nya. Saya memberitahu hal yang sebenar kepada kedua-dua ibu bapa Pesakit B. Alangkah terkejutnya mereka berdua dan mereka tidak sangka perihal demikan telah berlaku pada anak bongsu mereka. Ibu kepada Pesakit B menangis-nangis tidak setuju akan perkahwinan anak bongsunya. Ayah Pesakit B mengelengkan kepala tanda tidak setuju sama sekali.
Saya memberitahu penghulu jin itu yang kedua-dua ibu bapa Pesakit B tidak meneriam dan merestui perkahwinan itu dan mahu anak mereka kembali ke alam dunia ini dan mereka mahu anak bongsunya dipisahkan dengan anak perempuan bunian itu.
Mendengar demikian, Penghulu orang bunian itu bertanya kepada saya,
“Buktikan di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah SAW tidak membenarkan kaum Jin berkahwin dengan kaum Adam.”
Selanjutnya Penghulu itu berkata,
“Sekiranya ada ayat-ayat tersebut dalam Al-Quran, dia bersedia untuk memisahkan anak perempuan dia dengan Pesakit B, dan sekiranya tidak dapat membuktikan, maka perkahwinan ini akan diteruskan.”
Saya tergamam untuk menjawab soalan Penghulu Bunian itu dan saya tidak sangka soalan itu akan dikemukakan kepada saya. Terdetik dalam hati saya membisik bijak juga Penghulu bunian ini. Saya menoleh kepada sahabat saya Ustdz Faisal dan dia mengelengkan kepala serta membisik kepada saya bahawa dalam Al Quran tidak ada ayat-ayat yang mengatakan kaum jin dilarang dan tidak dibenarkan berkahwin dengan kaum Adam.
Memang tidak ada ayat di dalam Al-Quran yang Allah SAW melarang kaum manusia berkahwin dengan kaum jin. Tetapi dari hukum feqah memang ada hukum yang menyuruh manusia berkahwin dengan kaum manusia dan bukan dengan makhluk lain seperti jin atau binatang. Dari segi akal memang tidak ada logiknya manusia berkahwin dengan kaum jin sebab manusia tidak nampak mereka, tidak dapat menyentuh mereka atau tidak dapat mendengar mereka. Dalam Al-Quran juga mengatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin.
Di akhir pembincangan petang itu, saya bagi pihak keluarga Pesakit B sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan perkahwinan Pesakit B dan anak perempuan Penghulu bunian itu. Tidak ada lagi “negotiation” dari pihak Penghulu bunian yang akan saya layani dan kata putus saya pada akhir perbincangan itu agar Penghulu bunian serahkan kembali Pesakit B kepada keluarga asalnya. Dengan keizinan Allah SAW, dan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, Pesakit B kembali pulih sediakala. Dengar khabar dari Ustadz Faisal baru-baru ini, Pesakit B sudah pun berkerja dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Pengajaran dari peristiwa ini ialah kita tidak patut tunduk atau bersetuju dan mengikut kata makhluk halus ini. Orang-orang bunian ini atau pun jenis-jenis jin yang lain mempunyai akal fikiran dan mereka boleh berfikir seperti kita, dan kadangkala kita mudah terpedaya dan tertipu dengan helah mereka.
Satu lagi kisah benar berlaku dalam bulan Ramadhan tahun 2009. Memangnya setiap Ramadhan saya berterawih di Masjid UIA di Gombak. Pada satu malam sedang saya duduk di barisan depan saf di Masjid UIA menunggu waktu solat ishak di Masjid UIA, saya didatangi oleh seorang jin jenis bunian bersama keluarganya. Selalunya saya bertarawih dengan seorang sahabat rapat saya yang duduk di sebelah kiri saya.
Mula-mula jin itu mengucapkan salam pada saya dan saya membalas salam. Berdosakan kalau tidak membalas salam. Jin itu memperkenalkan diri dia dan memberitahu saya hajat dia untuk memperjodohkan anak perempuan kembar jin bunian dia dengan sahabat saya yang duduk sebelah kiri saya. Kebetulan sahabat rapat saya ini masih lagi status bujang dan masih lagi single belum ada steady girlfriend pada ketika itu. Sahabat saya ini memang handsome (dulu dia model), tinggi dan putih melapak orangnya sampai kaum jin pun boleh terpikat pada dia.
Saya tergelak besar dan memberitahu sahabat rapat saya akan lamaran dari jin bunian itu. Mula-mula sahabat saya ingat saya berlawak tapi bila saya seriously beritahu dia akan keadaan yang sebenarnya, sahabat saya rasa seronok dan terus senyum lebar tetapi menolak lamaran jin itu atas alasan dia belum bersedia lagi. Saya senyum sendiri dengar alasan spontan yang diberikan oleh sahabat saya tadi. Dalam hati saya kalau lah dia nampak rupa wajah anak kembar perempuan jin bunian, mungkin dia berfikir dua kali untuk memberi alasan itu. Sahabat rapat saya ini pula suka tidur, kalau tidur mesti cukup tujuh atau lapan jam, dan mungkin ini satu sebab kaum bunian suka pada dia.
Dalam masyarakat bangsa melayu di zaman abad moden ini, masih lagi ramai pesakit yang datang berjumpa saya untuk merawat penyakit gangguan saka. Ada juga di kalangan pesakit yang tidak percaya yang dirinya diganggu oleh saka-saka ini dan mereka membuat macam-macam andaian dan kesimpulan bahawa dirinya disihir tetapi pada hakikatnya adalah hanya gangguan saka sahaja. Secara ringkasnya ganguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb). Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus. Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang. Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya. Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.
Untuk saka yg disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu ataupun lain-lain.
Untuk saka yang tidak disedari - tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.
Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-
1. Sakit anggota badan – bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher,kepala, rahim, dsb.
2. Gangguan emosi dan perasaan – “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
3. Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang eyakinan diri, “high anxiety”, susah nak focus, dsb.
4. Gangguan tidur – selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
5. Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
6. Sesak nafas atau mengah
7. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
8. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
Simtom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit. Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang (spinal cord) di mana terletaknya urat saraf (nerves) atau di dalam otak kita.
Ini adalah dua tempat “favourite” bila mereka berada di dalam badan kita. Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia. Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.
Selain dari simpton-simpton yang disebut di atas, di dalam pengalaman saya mengubat kes-kes penyakit gangguan saka, terdapat banyak kes-kes yang pelik-pelik berlaku kepada pesakit.
Kes 1 – Sawan tangis anak yang baru lahir
Terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini. Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab. Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka. Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu. Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti. Dalam pengalaman saya, setelah dikeluarkan jin-jin saka dalam badan anak kecil ini, anak kecil itu akan pulih seperti biasa.
Kes 2 –Kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah
Ada terdapat kes yang kanak-kanak tidak mahu ke sekolah atau bila tiba sahaja di kawasan sekolah, mereka akan membuat perangai seperti menangis, hysteria, dsb. Ramai saya jumpa kanak-kanak yang menghadapi masaalah demikian. Puaslah emak dan ayah memujuk dan merayu si-anak untuk pergi ke sekolah. Apa sahaja yang si-anak mahu mereka akan dibelikan dan mereka juga gunakan kaedah “psychology” untuk memujuk hati si-anak pergi ke sekolah. Namun si-anak tetap tidak mahu ke sekolah dan alasan-alasan yang diberi oleh anak sugguh tidak logik.
Kita perlu memahami di sekolah atau di mana-mana sahaja di atas bumi Allah saw ini terdapat makhluk-makhluk lain yang Allah saw jadikan selain dari manusia. Makhluk jin ini ada di mana-mana tempat di atas bumi mahupun di dasar lautan atau di gunung ganang dan hutan rimba. Allah saw telah menjadikan makhluk jin lebih awal dari Nabi Adam dan makhluk jin ini telah tinggal di bumi ini sebelum Nabi Adam diturunkan dari syurga.
Makhluk jin tinggal di atas dunia ini seperti kita manusia tinggal di atas dunia. Mereka ada negara, negeri, daerah dan perkampungan mereka sendiri, dan seperti manusia, mereka terdiri dari berbagai jenis dan kaum suku sakat. Contohnya di dalam satu daerah jin itu mungkin ada beberapa perkampungan jin dan setiap perkampungan ada penghulunya masing-masing. Maksud saya di sini mereka ada perlembagaan mereka sendiri, mereka juga mempunyai kaum dan keturunan mereka sendiri seperti juga kita manusia. Di antara kaum-kaum jin ini ada juga konflik dan politik masing-masing yang sukar untuk kita mengetahui dan memahami.
Berbalik kepada masalah kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah, adakalanya jin-jin saka yang ada di dalam badan kanak-kanak ini takut atau tidak diberi laluan atau tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah oleh jin-jin yang berkampungan di sekolah kanak-kanak itu. Bila berlaku demikian, jin dalam badan kanak-kanak itu akan menguasai pemikiran dan emosi kanak-kanak ini supaya kanak-kanak ini tidak akan ke sekolah. Sekiranya kanak-kanak ini ke sekolah juga, maka terjadilah insiden insiden saperti histeria di mana jin dalam kanak-kanak ini akan mengambil alih tubuh kanak-kanak ini dan kekerasan akan berlaku. Di sini, ibubapa perlu memahami rasional atau disebalik sebab kenapa anak-anak mereka berkelakuan demikian. Kadang-kadang ini bukanlah kehendak anak-anak ini dan selalunya mereka susah hendak menceritakan atau menjelaskan kepada ibubapa akan apa yang terjadi di dalam diri mereka.
Di dalam kes-kes seperti ini, ibubapa kenalah berikhtiar untuk membuang jin-jin saka dalam anak-anak dan juga besar kemungkinan saka ini juga terdapat di dalam badan adik beradik atau ibubapa itu sendiri. Di kalangan pesakit-pesakit yang datang ke klinik saya, ada yang tidak mempercayai berkenaan dengan kehadiran saka di dalam tubuh badan anak-anak atau keluarga. Benda-benda halus yang ghaib ini sukar untuk dipercayai kerana ianya tidak dapat dilihat melalui mata kasar kita.
Kes 3 – Sukar untuk mendapat zuriat dan keguguran
Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal. Ada ramai kes-kes keguguran (miss-carriage) berlaku disebabkan oleh gangguan saka. Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri. Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.
Untuk mengeluarkan saka dari tubuh badan, pesakit hendaklah datang berjumpa saya dan insyaAllah dengan keizinan Allah saw, saya akan mengeluarkan jin-jin saka ini dari tubuh pesakit. Ayat-ayat Al-Quran yang saya selalu gunakan untuk mengubati penyakit gangguan saka ini ialah –
Didalam Surah Al-Qadr, ada 5 ayat yang Allah swt menerangkan tentang Lailatul Qadr. Di antara perkara yang perlu difaham berkenaan Lailatul Qadr ialah:
Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr
Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan
Turun para malaikat dan Jibrail pada malam itu
Sejahtera malam itu hingga terbit fajar
Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten dan kyusyuk pada sebarang masa
Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan dalam Al-Quran kecuali khabar-khabar angin semata.
Menemui malam Lailatul Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal atau kelainan kejadian pancaindera. Hanya Allah swt yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa yang sebenarnya mengetahui bilakah akan berlaku malam Lailatul Qadr. Diantara kejadian pelik yang merupakan tanda-tanda malam Lailatul Qadar yang tidak boleh dipercayai adalah seperti -“ air sungai berhenti mengalir, pokok sujud ke bumi, ufuk langit merah, bekunya air, perubahan cuaca pada waktu siang atau malam, dan lain-lain. Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr barulah ia akan melakukan ibadah semaksima yang boleh.
Memburu satu malam Lailatul Qadr memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti ibadah dan usaha membersihkan hati secara ikhlas, jujur dan yang penting sekali konsisten. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri akan mengetahui bahawa malam itu ialah malam Lailatul Qadar.
Ketemuan Lailatul Qadr memerlukan hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah, apatah lagi kalau ada saki baki syirik. Dan mana mungkin hati yang kotor itu dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa yang satu malam. Hati mesti dibersihkan setiap hari sehingga akhir hayat melalui ibadah seperti solat taubat, zikir, puasa sunat dan sebagainya. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalam” sahaja, insha-Allah, kita tidak akan menemuinya.
Para malaikat adalah makluk yang suci yang diutuskan oleh Allah swt. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadhan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadr. Malaikat yang turun pada malam itu bukanlah malaikat-malaikat sebarangan , yang tinggi rankingnya misalnya Jibrail a.s.
Apa maksud saya “a moment of time” atau dalam bahasa melayu “untuk seketika waktu” merupakan masa yang sungguh pendek dalam tiga atau empat minit dimana itulah masa yang diberi oleh Allah swt kepada sesiapa yang dianugerahkanNya menemui malam Lailatul Qadr. Pada masa yang sangat singkat itu lah sesaorang akan merasa seolah-olah dia berdepan dengan Allah swt. Pada seketika waktu itulah sesaorang itu mohon doa pada Allah swt dan inshallah semua doa yang dipohon Allah swt akan mendengar.
Pada waktu itu sesaorang itu akan dikelilingi, disentuh dan dipeluk oleh para-para malaikat. Bila tubuh disentuh oleh para malaikat, seluruh tubuh akan menggeletar atau menggigil dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penafasan akan menjadi sesak seolah-olah tubuh kita dipeluk sekuat-kuatnya, dan peluh sejuk akan mengalir tanpa disedari. Masa itu kita perlu sujud untuk menghambakan diri pada Allah swt dan dalam sujud itu kita berdoa pada Allah swt. Itu lah saat-saat yang sungguh indah dan tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan keindahan yang dirasai pada saat-saat itu. Itulah tanda Lailatul Qadr dan ia akan dapat dirasai kepada sesiapa yang dipilih oleh Allah swt.
Sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadr, terdapat seorang atau sebilangan malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula pada malam itu sehingga hari-hari berikutnya, hidupnya makin terarah dan hidup mereka akan sentiasa dikawal oleh malaikat.
Jika sebelum ini bisikan iblis dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadr, bisikan malaikat dan fitrahnya akan menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik, inshaAllah. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi lebih sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka. Inilah tandanya atau ciri-ciri orang yang mendapat Lailatul Qadr.
Rugilah orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadr barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan dan mengabaikan serta sembil lewa pada 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Tidak salah menambah pecutan di sepuluh malam terakhir tetapi momentumnya perlu bermula lebih awal.
Imam Hassan Al Basri berkata, “jadilah kamu hamba Allah yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana, dan jangan menjadi hamba Ramadhan iaitu yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja.
Lailatul Qadr itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak awal-awal lagi, hati dan nurani terus terusan dibersihkan setiap hari, hingga saatnya layak menjadi wadah tempat bertemunya para malaikat. Dan bila itu berlaku, bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya. InshaAllah.
Dalam tahun 2008, saya pernah mengubati seorang pesakit. Di dalam coretan ini saya namakan sebagai Pesakit A. Pesakit A sudah berumahtangga. Pesakit A ini telah lama menghidapi penyakit misteri, di mana kadang kala datang beberapa ekor iblis yang akan masuk ke dalam badan Pesakit A ini dan menguasai diri pesakit. Semasa iblis menguasai pesakit itu, dia tidak akan sedar tetapi pesakit itu boleh membuat kerja seharian seperti memandu kereta, bertugas di tempat kerja, menjaga anak di rumah, bercakap di talipon dan sebagainya termasuklah menghantar dan membalas SMS. Iblis yang memasuki badan Pesakit A boleh membuat semua kerja-kerja harian pesakit itu tapi pesakit itu tidak menyedarinya. Sukar untuk dipercayai tapi ia boleh berlaku.
Satu hari di bulan November 2008, pesakit A ini membuat temujanji untuk datang ke klinik saya bersama isterinya dan dia juga bercadang untuk turut membawa ibunya untuk berubat di klinik saya. Ibu Pesakit A ini tinggal di tempat lain dan pada malam itu ibu pesakit A ini akan dibawa oleh kakak Pesakit A. Temujanji telah dibuat dengan saya agar Pesakit A serta ibunya akan datang ke klinik saya selepas waktu isyak pada jam 9 malam. Mereka bercadang untuk datang berasingan. Pesakit A akan datang dari rumah dia bersama isterinya menaiki kereta Pesakit A. Kakak Pesakit A pula akan menghantar ibu Pesakit A ke klinik saya dengan menaiki kereta dia sendiri.
Malam itu saya menunggu kedatangan Pesakit A dan Ibu Pesakit A sehinggalah jam 12.30 malam. Berulang-kali saya menalipon Pesakit A dan juga isteri Pesakit A untuk bertanya samada mereka akan datang atau tidak, tetapi panggilan talipon saya tidak diangkat. Selain daripada menalipon, saya juga menghantar sms kepada talipon bimbit Pesakit A dan talipon bimbit isteri Pesakit A tetapi tidak ada jawapan dari kedua-duanya. Kakak Pesakit A pun tidak sampai dan saya tidak mempunyai nombor taliponnya untuk dihubungi. Keadaan ini memang pelik kerana kebiasaannya, Pesakit A akan membalas panggilan talipon saya.
Tiba-tiba jam12.45 malam, saya terima sms daripada talipon bimbit Pesakit A. Rupa-rupanya iblis telah menguasai diri dan badan Pesakit A awal-awal lagi dan melalui Pesakit A, iblis itu telah menghantar sms kepada saya. Di bawah ini saya tuliskan sms yang saya terima dari iblis tersebut pada malam itu:
SMS DARI IBLIS YANG PERTAMA :
“Manusia busuk, aku telah berhasil menghalang mereka semua datang kerumah mu. Aku bikin pingsan kakaknya yang membawa ibunya di jalanan. Dan isterinya telah ku menterai agar menjadi capek pegel dan tidak lagi mampu untuk menggagahkan diri bangkit menentang aku dengan ancaman ayat ayat yang diturunkan oleh penguasa petala langit dan bumi. Hingga ke saat ini isterinya tidak lagi mampu untuk membuka matanya yang telah aku menterai agar tidak mampu mengancamku. Aku akan berusaha keras supaya kau capek dan bosan untuk ikut campur dalam segala apa yang telah aku usahakan dan menghadapi permainan ini. Kau nantikan saja hasilnya nanti samada kau atau aku yang akan undur dan aku akan pastikan kau dan kawan dia seorang lagi tu akan jauh dari keluarga ini. Kau belum mengenal aku dengan begitu dalam sekali.”
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis! Aku cabar kau iblis datang ke rumah aku malam ini. Dengan pertolongan Allah , aku akan musnahkan kau Iblis!”
SMS DARI IBLIS YANG KEDUA :
“Lancang mulutmu. Aku sedikit pun tidak gentar padamu. Patuhi lah peringatanku dan jangan ikut campur merawat dia dan keluarganya”.
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis, kalau kau berani dan gagah, kau jawab bila aku talipon kau!”
SMS DARI IBLIS YANG KETIGA :
“Omong kosong, sebelum ini aku berdiam diri kerna aku ingin mengenal hatimu yang macam apa dan atas dasar apa kau membantu dia sekeras kerasnya. Aku tidak akan izinkan kau berbicara dengan dia dari semalam hingga kesaat ini dan seterusnya. Kau tidak akan tahu ketahui rencana permainanku. Kau harus memberi peringatan kepada isteri mu supaya jangan pernah lagi mendekati atau berhubungan dengan isteri dia. Aku tidak akan mengizinkan. Andai engkau tidak tunduk pada perintahku, makanya aku akan terus terusan menyiksa dia dan keluarganya. Aku akan kembalikan isterinya kepada ibunya.”
SMS DARI IBLIS YANG KE EMPAT :
“Engkau jangan ikut campur urusanku. Guruku telah mengetahui segalanya. Kau tidak akan bisa menewaskan kesaktian guruku. Aku mendapat perintah dari guruku supaya memberikan kau peringatan keras makanya jangan kau cobak untuk menentang guru jika kau tidak mahu hidupmu diancam.”
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Engkau dan guru kau pergi jahanam! Dengan keizinan Allah, akan aku hancurkan engkau dan guru engkau!”
SMS DARI IBLIS YANG KE LIMA :
“Lancang mulut mu. Perguruan gerondong durjana tidak gampang untuk mampus dengan ancaman kalian yang mampus itu bukan dari kumpulan guru tapi dari kumpulan tolol kerana gurunya telah mampus dan mereka tidak dapat petunjuk.”
Beginilah dialog sms saya dengan iblis tersebut yang terdapat di dalam Pesakit A pada malam itu. Pada keesokan harinya, saya mendapat panggilan talipon dari Pesakit A yang memohon maaf sebab tidak dapat datang ke klinik saya pada malam tadi. Pesakit A memberitahu saya yang dia, isteri dan anak dia telah tertidur dari selepas magrib malam tadi sehinggalah ke pagi hari. Pesakit A juga memberitahu bahawa kakaknya yang hendak membawa ibunya ke klinik saya pada malam tadi, telah pengsan semasa memandu kereta dalam perjalanan ke klinik saya. Nasib baik kereta yang dipandu dapat diberhentikan di tepi jalan raya di bawah sebuah jejambat. Ibu Pesakit A dapat menalipon abang Pesakit A untuk memberitahu hal yang telah berlaku. Abang Pesakit A datang mencari mereka dan berjaya menemui tempat di mana kereta itu berhenti dan membawa mereka pulang ke rumah mereka.
Jadi apa yang diberitahu oleh iblis di dalam sms yang diterima pada jam 12.45 malam tadi adalah benar-benar berlaku. Kejadian yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh iblis agar Pesakit A, isteri , ibu dan kakaknya gagal untuk datang ke klinik saya pada malam itu. Iblis menggunakan badan Pesakit A pada malam itu untuk berkomunikasi dengan saya melalui sms talipon bimbit Pesakit A. Tetapi yang anehnya, selepas iblis menghantar semua sms melalui talipon bimbit Pesakit A, semua pesanan sms yang dihantar kepada saya atau diterima dari saya telah dipadamkan dari talipon bimbit itu oleh iblis itu. Bila saya tanya Pesakit A pada keesokan hari berkenaan pesanan sms tersebut, Pesakit A langsung tidak mengetahui tentang pesanan sms berkenaan dan salinan sms itu tidak ada di dalam talipon bimbit dia.
Kisah yang saya ceritakan di atas adalah kisah benar dan pengajaran yang hendak saya sampaikan di sini adalah berkenaan pengaruh jahat dan dasyatnya kuasa iblis dan syaitan. Iblis boleh mendorong kita untuk membuat apa sahaja tetapi yang boleh melawan pengaruh iblis itu adalah iman dan akal fikiran kita. Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran untuk kita fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik. Sekiranya iman kita kuat dan kita patuh akan perintah Allah SAW, insyaAllah kita kita dipelihara daripada pengaruh iblis dan syaitan. Walau bagaimanapun kita jangan “under estimate” apa yang iblis boleh lakukan kepada kita.
Saya percaya banyak kes-kes pelik dan kes-kes misteri yang berlaku seperti kes pembunuhan beberapa beberapa orang ahli keluarga di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah kerana pengaruh iblis. Olek kerana orang yang siuman tidak akan melakukan pembunuhan sedasyat itu. Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan iblis telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat. Tetapi kadangkala bukan iblis yang boleh mendorong kita membuat maksiat dan dosa, tapi nafsu dalam diri boleh mempengaruh kita membuat benda-benda yang tidak baik. Mengawal nafsu adalah salah satu dari dugaan kita.
Jumaat 7.40 malam, 1 Oct 2010, saya dan adek angkat saya, Ashraf Muslim menaiki pesawat Air Asia ke Kuching, negeri Bumi Kenyalang. Ini adalah trip bulanan saya dan Ashraf ke Kuching sejak 2 tahun yang lepas. Selain dari Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Terengganu, Perubatan Syifa Al-Hidayah telah bertapak di Bumi Kenyalang ini 2 tahun yang lalu.
Di Kuching, semua pengurusan operasi perubatan dibantu oleh pasangan suami isteri Puan Juita Abang dan Dr. Wan Ali, mereka dan anak-anak mereka yang telah banyak menolong kami. Semua appointment dan tempahan untuk nombor giliran dikendalikan oleh mereka terutama Puan Juita. Selalunya kami akan berubat di rumah banglo mereka di Lorong Cenderawasih, Semariang tetapi kali minggu ini telah berpindah ke rumah lama mereka di 82, Taman Rahmat, Jalan Belian, Petra Jaya. Dr. Wan Ali mahukan rumah lama mereka ini dijadikan pusat rawatan Syifa Al-Hidayah sebulan sekali. Syukur Alhamdulilah pada Allah SAW, nampaknya perubatan Syifa Al-Hidayah ini betul betul telah menapak di bumi kenyalang dan kami amat bersyukur adanya keluarga angkat kami di Kuching ini membantu kami.
Jam 9.25 malam – tiba di airport Kuching. Dr. Wan Ali mengambil kami dan dibawa kami singgah di rumah seorang pesakit untuk mengubat. Selepas itu dibawa kami ke kediaman dia di Semariang dan malam itu selepas dijamu makan “mee kolok”, kami mengubat seramai 20 orang. (Ini adalah pesakit-pesakit kritikal dan kenalan rapat Puan Juita). Seperti biasa kami bermalam di rumah Dr. WanAli. Kebetulan minggu ini Puan Juita berada di Sibu menghadhiri seminar dan anak-anak mereka yang menguruskan pesakit-pesakit dirumah dia.
Esok pagi Sabtu 2 Oct 2010, jam 8.30 pagi, kami dibawa oleh Dr. Wan Ali ke rumah lama dia di Taman Rahmat. Tiba di sana, suasana macam khenduri kahwin, banyak nya kereta parking dipesekitaran Taman Rahmat. Di dalam rumah dan di luar kawasan rumah Dr. Wan Ali ada dalam 100 orang sedang menunggu. Terpegun menengok ramai pesakit yang menunggu. Ada dua pembantu petugas dari Klinik Dr. Wan Ali - Lina dan Shafariza menolong untuk mendaftar pesakit dan memberi nombor giliran. Meraka dibantu oleh seorang lagi anak Puan Juita bernama Dr. Azimah. Mula-mula suasana kecoh juga tapi selepas kami datang dan mententeramkan para pesakit, suasana bertambah baik dan nasihat saya kepada semua pesakit yang datang agar sabar menunggu. Pagi itu nombor giliran yang telah dikeluarkan sudah lebih 150.
Seperti biasa ramai pesakit-pesakit yang datang untuk berubat sakit medical seperti cancer, buah pinggang, darah tinggi, kencing manis, urat saraf, HIV, hepatitis dan dll. Ramai juga pesakit yang datang untuk berubat sakit gangguan seperti gangguan sihir, saka, santau dan rasuk iblis. Di sini saya ingin menulis dengan lanjut lagi berkenaan beberapa penyakit yang kami ketemui semasa perubatan di Kuching sabtu yang lepas.
Cardiomegaly – Seorang pesakit lelaki berumur 35 tahun, dia memberitahu simton sakit ini rasa sesak nafas, kadang-kadang sakit berdenyut-denyut dibahagian dada dan letih selalu. Bila saya scan pesakit ini, saya dapati jantung sebelah kiri pesakit ini besar sebelah. Ini rawatan yang ketiga saya bertemu pesakit ini di Kuching dan maklum balas yang di terima, selepas mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberi, pesakit ini beransur pulih. Ayat-ayat yang diberi Surah Israa’ ayat 40 hingga 55, Surah Furqaan ayat 41 hingga 50, Surah Maidah ayat 48 hingga 50 dan Surah Hud ayat 84 hingga 95.
Kemurungan (Depression) – Seorang pesakit lelaki berumur 30 tahun. Sudah mengalami sakit ini selama 5 tahun. Antara simpton-simpton yang dilalui – keyakinan diri yang amat rendah (low confidence level), perasaan takut, hampa, waswas, malas untuk membuat apa sahaja pekerjaan, susah hendak tidor malam, susah hendak bangun pagi, selalu berkurung dalam bilek keseorangan, tidak mahu bercakap dan suka bersendirian, terasa diri diusir, susah untuk berada dikhalayak ramai, moody dan kadang-kadang marah tanpa sebab, menangis keseorangan dan dll.
Bila di scan ada 40 ekor jin dan 2 ekor iblis dalam badan dan kepala pesakit. Punca penyakit kemurungan untuk pesakit ini adalah disebabkan oleh gangguan iblis dan jin dan bukan disebabkan oleh sihir atau gangguan saka. Memang ada orang yang selalu diganggu oleh jin atau iblis sehingga benda-benda halus ini masok dan tinggal didalam badan pesakit. Selalunya mereka akan berada didalam otak pesakit atau didalam di tulang belakang (spinal cord) pesakit. Melalui urat saraf dan otak pesakit ini lah jin dan iblis ini menguasai pemikiran dan emosi pesakit. Lama kelamaam sekiranya tidak dikeluarkan iblis dan jin-jin ini dari badah pesakit ini, keadaan pesakit akan menjadi ke tahap sakit jiwa atau sakit mental/gila. Ayat-ayat yang diberi – Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, Surah Toha ayat 120 hingg 135.
Dementia – Seorang pesakit perempuan berumur 70 tahun. Pesakit itu hilang ingatan, tidak kenal diri sendiri atau ahli keluarga, dan tidak boleh menguruskan diri sendiri. Sakit ini seperti sakit Alzeimer.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kami berdua habis mengubat pada jam 6.30 petang. Seramai 165 pesakit telah kami mengubat pada hari itu. Memang penat mengubat165 pesakit dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang tetapi setiap kali kami ketemu pada pesakit yang telah sembuh dengan keizinan Allah, datang kepuasan dalam hati kami. Ramai yang bertanya kami tidak letih atau penat mengubat pesakit? Dengan keizinan Allah, semasa perubatan kami tidak rasa penat, ini mungkin tenaga yang diberi oleh Allah. Yang kami rasa letih bukan letih badan atau “physical exhaustion”, tapi “mental exhaustion”. Semasa lakukan scannin, kami kena penuh konsentrasi dan fokus dan ini yang membuat kami “mentally exhausted”.
Jam 8.30 malam – kami dihantar oleh Dr. Wan Ali ke Kuching Airport untuk menaiki pesawat Air Asia ke Kota Kinabalu.
Jam 11.15 malam - kami selamat tiba di Kota Kinabalu Airport. Sahabat kami di KK, Puan Salmah Sheikh Hassan dan rakan nya menyambut kami di airport dan menghantar kami ke Hotel Promenade. Disebabkan masa telah lewat selepas 12 malam, kebanyakan restoran dan tempat makan yang halal di bandar KK telah tutup dan akhirnya kami makan malam di Likas. Best Tom Yam seafood dan ikan puteh masak 3 rasa. Lepas makan malam kami dihantar pulang ke hotel dan jam 2 pagi baru kami berehat dan tidor (berdengkor zzzzz both of us kuat betul). Alhamdulilah syukur pada Allah. It was a very long, satisfying and fulfilling day indeed.
Di KK, waktu subuh 4.30 pagi dan syuruk jam 6 pagi. Sungguh awal waktu subuh disini. Ini kali yang kedua kami berubat di KK. Kali pertama kami datang berubat di KK pada 4 July 2010 yang lalu. Kami berubat di KK atas permintaan pesakit-pesakit dari KK dan sekitaran Sabah. Dulu kami hanya berubat di Kuching dan Sibu di Sarawak dan ramai orang Sabah terpaksa pergi ke Kuching atau Sibu untuk berubat dengan kami.
Pada bulan June 2010 semasa kami berubat di Sibu kami berjumpa dengan Haji Ibrahim yang berasal dari KK. Hj Ibrahim datang ke Sibu untuk mengubat anak dia yang sedang mengalami sakit barah darah (leukemia). Dia lah yang mempelawa kami berubat di KK. Bila kami tiba di KK pada bulan July dahulu, tujuan utama ialah untuk mengubat anak Hj. Ibrahim yang sakit Leukemia. Tetapi alangkah terperanjatnya saya bila tiba di KK pada malam itu, kami diberitahu oleh Hj. Ibrahim bahawa anak dia telah meninggal dunia seminggu yang lalu. Sepanjang pengalaman saya berubat lebih 11 tahun, ramai pesakit yang sudah pergi menemui Allah SAW. Kita berusaha dan berdoa untuk menyembuh pesakit tetapi bila sudah tiba masa ajalnya, pesakit tetap akan pergi menemui Allah SAW, tapi untuk anak Hj. Ibrahim ini, hati saya sungguh terkilan dan sedih sebab tidak dapat berjumpa dia sekali lagi. Selepas hari itu, Hj Ibrahim lah yang menjadi “contact person” kami di KK. Semua pengerusan untuk mendapat giliran nombor dilakukan melalui dia atau keluarga dia.
Ahad 3 Oct 2010, jam 8 pagi – kami diambil oleh Hj. Roslan untuk datang mengubat di rumah dia di Kg. Sipanggil, KK. Kami di jamu sarapan pagi di restoran dekat dengan rumah dia, makan soto Makasar. Tiba di rumah kediaman Hj. Roslan jam 9 pagi, sungguh ramai orang sedang menunggu kami. Inilah pertama kali kami mengubat di kediaman Hj. Roslan dan isteri Hjh. Haisah. Pada bulan July yang lalu kami mengubat di hotel berdepan dengan Masjid Negeri. Sungguh besar dan selesa rumah banglo Hj. Roslan dan Hj. Haisah.
Seramai 135 pesakit kami mengubat di KK dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad itu. Ada juga pesakit dari Brunei yang datang berubat di KK pada hari itu. Antara penyakit-penyakit yang saya hendak tulis dengan lebih lanjut ialah pengalaman kami mengubai pesakit yang dirasuk oleh iblis. Semasa di KK ada 5 kes rasukan iblis dan jin pada hari itu.
Rasukan Iblis – Kes pertama seorang pesakit perempuan linkungan umur 70 tahun. Dia ada menghadapi masalah sakit kaki dan berjalan dengan pertolongan tongkat. Pada ketika itu dia adalah pesakit yang pertama untuk Ashraf pada pagi itu. Setelah duduk di kerusi berdepan dengan Ashraf, belum pun sempat Ashraf mulakan bacaaan Syahadah dan Al-Fatehah, pesakit ini telah dirasuk. Adek saya Ashraf tak sempat nak warming up lagi terus kena jerit dengan pesakit itu. Kalau anda semua masih ingat cerita King Kong The Movie, masih ingat adengan king kong menjerit sekuat-kuat hati dan tepuk dada dia dengan kedua-dua belah tangan dia, begitulah keadaan pesakait itu. Nasib baik reaksi Ashrak cool saja pada saat itu dan tidak melenting. Dan paling ketara sekali, kaki pesakit itu yang pada mulanya sakit dan tak boleh berjalan, tiba-tiba kaki pesakit itu boleh baik dalam sekelip mata dan menendang pada Ashraf. Nasib baik Ashraf dapat mengelak cepat.
Lepas itu pesakit itu menjerit “Aku panglima iblis, aku panglima iblis! Berani kamu berdua menggangu Aku!”.
Iblis dalam pesakit itu kemudian berkata ” Aku tak suka DIA membaca Al-Quran, Aku tak suka tengok DIA sembahyang malam, Aku sudah lama ada dalam badan DIA dan kenapa Engkau berdua mahu menggangu Aku“.
Iblis itu berkata lagi “Aku dah berjanji dengan tuhan sampai hari kiamat Aku akan akan mengganggu manusia dan kalau DIA mati, Aku akan ganggu dia sampai dalam kubur nanti“.
“DIA” yang dimaksudkan dalam dialog ini adalah pesakit perempuan itu. Semasa dirasuk, raut muka dan wajah pesakit perempuan itu bertukar dan sungguh menakutkan. Kekuatan yang di pertunjukan pada pesakit itu sungguh luar biasa walaupun pesakit itu sudah berumur dan ada masalah sakit kaki. Ini lah yang dikatakan rasukan iblis. Hj. Roslan dan Hi. Ibrahim yang ada bersama kami pada waktu itu terpegun melihat drama yang disaksikan.
Kami tidak boleh membinasakan iblis sebab Allah janji tidak akan mematikan iblis sampai hari kiamat, dan iblis akan sentiasa menggangu anak-anak Adam ini sampai hari kiamat. Dalam perubatan ini kami hanya boleh menyiksa iblis dan berharap dengan penyiksaan ini, mereka akan jadi lemah dan keluar dari badan pesakit. Kesudahan nya, kami berdua berjaya melemahkan iblis itu dan dengan keizinan Allah, iblis dapat dikeluarkan. Ada banyak jenis kes-kes rasukan iblis. Ada yang “aggresive” dan ada yang “passive”. Kes ini salah satu dari kes rasukan iblis yang “aggresive”. Ada 5 kes rasukan pada hari itu and this is one of the interesting ones. Kami habis berubat dalam jam 6 petang.
Ahad , jam 6.30 petang, kami dihantar ke KK Airport oleh Hj. Roslan dan Puan Haisah. Kami makan malam di airport KK. Antara saya dengan Ashraf sekarang ini, bila kami tidak berubat, kami akan berbincang berkenaan skrip drama terbaharu dia – “USTADZ AMIRUL”, yang dia akan mula shooting minggu ini. Watak lakunan Ustadz Amirul dan Ashraf Muslim tidak boleh dipisahkan.
Jam 10.30 malam – kami tiba di LCCT di KLIA. Sepanjang perjalanan balek ke KL kami tidur atas flight (tak pasti dengkor atau tidak?). Adek Ashraf, Mujib ambil kami di airport dan hantar saya pulang. Dalam masa 2 hari, kami berdua telah mengubat lebih dari 300 pesakit baru dan pesakit susulan rawatan di Kuching dan Kota Kinabalu. Kepada semua yang terlibat menolong kami untuk rawatan di KK dan Kuching, kami ucapkan ribuan terima kasih dan harap dapat berjumpa lagi di bulan hadapan.
Pada bulan November ini, kami akan sekali lagi pergi ke Kota Kinabalu pada 6 Nov dan akan ke Tawau pada 7 Nov, 2010. Kami akan ke Kuching pada 5 December 2010. Kami akan ke Sandakan pada 18 dan 19 December, 2010. Ini lah hikmat fisabilillah kami kepada penduduk Islam di Sabah dan Sarawak dan kami mohon doa semoga Allah merahmati dan memberkati apa yang kami perlakukan. Amin ya robbal alamin.
Blog ini adalah coretan pengalaman dalam kehidupan seharian saya. Dalam 11 tahun saya mengamalkan Perubatan Syifa' Al-Hidayah, banyak pengalaman dan insiden-insiden yang saya ingin berkongsi bersama agar ia menjadi pengajaran dan pedoman kepada semua.
Terdapat juga dalam blog ini siri video 13 episod program TV Penawar Syifa yang ditayangkan di Astro Oasis awal tahun ini.
Kebanyakan gambar dalam blog saya ini adalah dari koleksi fotografi saya sendiri hasil dari minat saya dalam seni fotografi.
Selamat membaca....
Salam dari
Hj. Lokman Abdul Hamid
Recent Comments